fb fb fb fb fb

KPT tubuh Jawatankuasa Program Memperkasakan Pendidikan Pengundi Pelajar

PUTRAJAYA, 16 Ogos- Kementerian Pengajian Tinggi bakal menubuhkan Jawatankuasa Program Memperkasakan Pendidikan Pengundi Pelajar (Undi 18) yang akan dianggotai oleh daripada 20 buah Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia serta Bahagian Mahasiswa Holistik, JPT selaku urus setia.

Jelas Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad jawatankuasa tersebut sebagai platform anggota-anggota membincangkan pelaksanaan program-program pendidikan pengundi yang melibatkan pelajar IPTA.

Jawatankuasa itu turut bertanggungjawab melihat keberkesanan pelaksanaan program yang telah dirancang, seterusnya mencadangkan mekanisme yang sesuai bagi menambah baik pelaksanaan program tersebut.


(Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad)

"Dengan pewujudan tadbir urus yang jelas, sasaran pelaksanaan program-program pendidikan pengundi kepada pelajar IPTA serta hasrat untuk melahirkan graduan yang holistik dan seimbang dapat dicapai", katanya.

Beliau berucap di majlis menandatangani Memorandum Persefahaman dan Nota Kerjasama Antara Univeraiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Bagi Memperkasa Pendidikan Pengundi (UNDI 18).

Memorandum dan nota kerjasama tersebut akan melaksanakan program-program pendidikan pengundi yang terselaras di peringkat nasional dalam membantu mencapai aspirasi Kerajaan untuk melahirkan pelajar IPT sebagai pengundi bijak, matang dan berketerampilan.

Turut hadir dalam majlis mou itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Tan Sri Abdul Ghani Saleh.

Media Baharu