fb fb fb fb fb

30 peratus premis di Malaysia tiada sjil perakuan bomba

BAYAN LEPAS, 16 Ogos- 30 peratus daripada 8,300 premis di seluruh negara dikenal pasti belum mempunyai sijil perakuan bomba (FC).

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata data itu diperoleh hasil pemeriksaan terhadap 8,300 premis yang diperuntukkan mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (pindaan 2020) (Akta 341).

Menurutnya, tiada penyelenggaran tetap, pengubahsuaian yang tidak mengikut peraturan serta gagal memenuhi keperluan teknikal antara aspek yang tidak dipatuhi pemilik premis.

"30 peratus lagi premis itu masih dalam proses untuk dikeluarkan FC dan sekiranya tidak mematuhi boleh dikenakan tindakan di bawa Akta 341 atau undang-undang berkaitan dengan keselamatan kebakaran.

"Ini bukan nak menghukum, nak memastikan bangunan itu selamat sekiranya ada cara untuk mereka memastikan bangunan tersebut mematuhi dan memenuhi kehendak bomba kita tidak ada alasan untuk tidak memberi sijil perakuan bomba," katanya.

(Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid)

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 JBPM Pulau Pinang, di sini.

Dalam pada itu, Mohammad Hamdan turut memuji usaha kerajaan yang sudah mengambil langkah meningkatkan sistem keselamatan kebakaran melibatkan 46 hospital awam di seluruh negara dengan pihaknya turut mengembleng usaha meneliti keperluan sama di stadium di negara ini.

Sebanyak 122 daripada 731 bangunan di Pulau Pinang termasuk kilang dan hotel belum memperoleh FC, dan negeri berkenaan antara negeri yang aktif melaksanakan program berkaitan pemeriksaan keselamatan bangunan.

Media Baharu