fb fb fb fb fb

Proses naikkan bangkai helikopter terhempas, dalam tempoh terdekat

Komander Pasukan Gerakan Udara (PGU) Datuk Noor Sham Md Jani

JOHOR BAHRU, 13 Julai - Proses menaikkan bangkai helikopter yang terhempas di Sungai Pulai, di sini pada Khamis lalu dijangka dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Komander Pasukan Gerakan Udara (PGU) Datuk Noor Sham Md Jani berkata, kerja-kerja tersebut akan melibatkan bantuan pasukan keselamatan lain termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

"Insya-Allah dengan bantuan agensi-agensi luar, proses untuk menaikan akan lebih cepat dilakukan supaya Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) dapat menjalankan siasatan lebih lanjut tentang insiden berlaku pada hari tersebut," katanya.

Beliau ditemui selepas melawat kelima-lima mangsa nahas tersebut, di Hospital Sultanah Aminah di sini.

Menurut Datuk Noor Sham, siasatan juga akan melibatkan proses mendengar semula rakaman suara sebelum kejadian berlaku.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan, semua mangsa kini dalam keadaan stabil, hanya Konstabel RG Devendran masih lagi ditidurkan. 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI