KOTA TINGGI, 9 Julai -Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pemandi, di sini mencapai kemajuan 58 peratus iaitu lebih awal daripada jadual yang dirancang.
Menurut Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, projek bernilai RM42 juta itu, dijangka siap pada 26 April tahun hadapan.
Projek tersebut melibatkan pembinaan tembok banjir, sistem pam dan lain-lain sepanjang 2.7 kilometer akan memanfaatkan lebih 2000 penduduk setempat, khasnya di kawasan Taman Aman dan Taman Mawai yang sebelum ini kerap dilanda banjir.
Mengikut rekod, kerja-kerja telah bermula sejak Julai 2023 dengan melibatkan 17 lot tanah dan merupakan salah satu daripada 11 projek berimpak tinggi yang dipantau di peringkat jawatankuasa khas.