(Foto BERNAMA)
KUALA SELANGOR, 14 Mei- Kerajaan Selangor sedang melaksanakan Projek Skim Jaminan Air Mentah bagi menangani masalah bekalan gangguan air.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata projek berkenaan dijangka siap Oktober ini.
"Projek melibatkan belanja lebih RM300 juta itu mampu mengurangkan risiko pencemaran dari hulu ke hilir Sungai Selangor.
"Projek merangkumi empat fasa itu juga bertujuan memastikan bekalan air mentah mencukupi sekiranya Selangor menghadapi musim kemarau," katanya kepada pemberita di sini.
Sementara itu, beliau berkata berdasarkan laporan daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), semua empangan di Selangor mampu bertahan empat hingga enam bulan sekiranya Selangor berdepan cuaca panas atau fenomena El Nino.



(Foto BERNAMA)