fb fb fb fb fb

Cuaca panas, kurangkan aktiviti luar

(Foto BERNAMA)

SUNGAI PETANI, 13 Mei- Tinjauan media mendapati orang ramai di Kedah terutamanya penggiat sukan dan atlet telah mengurangkan aktiviti dan menukar waktu latihan mereka ketika cuaca panas.

Che Puan Besar Kedah, Tuanku Hajah Haminah Hamidun menasihatkan rakyat Kedah agar mengurangkan aktiviti luar ekoran ketidaktentuan cuaca kini.

"Saya ingin menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu terdedah dengan cuaca panas dan mengurangkan aktiviti luar," titah baginda di sini.

Sementara itu, bekas pemain bola sepak Kedah, Ahmad Sobri Ismail meminta orang ramai melebihkan pengambilan air kosong ketika cuaca panas.

"Saya ingin berpesan pada orang ramai termasuk penggiat-penggiat sukan memandangkan cuaca agak panas daripada biasa, saya menyarankan supaya kekal berada di rumah masing-masing dan melebihkan pengambilan air kosong. Ia penting untuk mengelak terkena strok haba," katanya.

Penganjur Sukan, Datuk Jamil Baharom pula meminta para atlet memilih waktu sesuai untuk bersukan.

"Pilih waktu yang sesuai dan lakukan persediaan mencukupi. Pakaian juga perlu dipilih ketika cuaca panas ini," katanya.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu