TAWAU, 11 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan RM10 juta bagi membaik pulih Projek Siap Tamu Desa Sabah di kawasan luar bandar negeri itu.
Menurut Datuk Seri Anwar, peruntukan itu merupakan hadiah bersempena Hari Ibu, khusus untuk peniaga kecil luar bandar yang kebanyakannya terdiri daripada kaum wanita.
"Ini hadiah Hari Ibu, ibu-ibu yang berniaga. Kalau kita lihat di luar, kebanyakan ibu-ibu di luar kawasan perbandaran bukan di bawah PBT (Pihak Berkuasa Tempatan)... untuk perbaiki bumbung... tidak terkena cuaca panas," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Sabah di Tawau.