
PUTRAJAYA, 3 Mac – Projek Residensi Rakyat (PRR) terbesar dirancang dilaksana di ibu negara bagi menyokong sektor perumahan negara.
- Pembinaan 1,319 unit PRR sebagai transit home untuk mahasiswa dan generasi muda di Bandar Sri Permaisuri.
- PRR dianggap projek paling moden dan menarik, disasarkan menyokong keperluan kediaman generasi muda.
- Pelaksanaan projek berada di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 dengan butiran lanjut diumumkan semasa majlis pecah tanah.
Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, ia melibatkan pembinaan lebih 1,000 unit kediaman di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.
Pihak KPKT telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk seri Anwar Ibrahim mengenai hasrat tersebut.
“Kita bakal membina 1,319 unit yang akan dijadikan sebagai ‘transit home’ bagi mahasiswa dan generasi muda.
“Projek Residensi Rakyat (PRR) ini dijangka menjadi PRR yang paling moden dan menarik di seluruh negara, dan pembangunannya akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13. Butiran lanjut akan diumumkan semasa majlis pecah tanah nanti”, katanya.
Beliau ditemui selepas Program Ihya Ramadan Perdana Menteri bersama warga Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), di Putrajaya.