(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil melancarkan Projek Point Of Presence (PoP)
Zon Selatan di SMK Dato' Undang Haji Adnan, Rembau)
REMBAU, 6 Julai- Projek gentian optik Point of Presence (PoP) Fasa Dua diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM3.9 billion.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata perancangan fasa dua projek itu melibatkan 3,693 tapak di lokasi berhampiran sekolah di kawasan luar bandar.
"Projek PoP akan menjadikan lokasi berhampiran sekolah luar bandar dan pedalaman, contohnya SMK Dato’ Undang Haji Adnan sebagai hab penyediaan infrastruktur jalur lebar gentian optik untuk anak-anak.
(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil)
"Ini adalah perkataan yang harus menjadi kebiasaan untuk kegunaan sekolah, kawasan perindustrian, premis-premis kerajaan seperti hospital, klinik-klinik desa, balai polis, balai bomba dan lain-lain.
"Selain itu, komuniti sekitar juga akan menikmati perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi yang lebih stabil', katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Projek Point of Presence (PoP) Zon Selatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Undang Haji Adnan, Rembau.
Tambahnya, di Negeri Sembilan, sebanyak 36 buah lokasi PoP dengan 3,744 buah premis telah dilengkapi dengan Kemudahan PoP dan sedia untuk dilanggan.
Secara keseluruhan dianggarkan sebanyak 432,300 buah premis bakal menerima perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi di seluruh negara apabila projek ini selesai dilaksanakan.
Sementara itu, mereka yang menerima manfaat itu menyatakan rasa bersyukur dan terima kasih dengan kemudahan yang diberikan.
"Untuk kami di sekolah Dato' Undang Haji Adnan ini, kategori sekolah berada di luar bandarlah, jadi capaian internet kurang memberangsangkan. Jjadi progrm seumpama ini, saya kira program yg sangat baik, akan memberi manfaat yang kita akan dapat lihat sama- sama bila diguna pakai oleh guru guru dan pelajar", kata Guru Bahasa Melayu Fadzilah Ismail.
"Sekarang kita berada dalam era untuk belajar secara dalam talian. Dalam kelas pun kita belajar gunakan LCD dengan Youtube. Kita perlukan capaian internet yang laju untuk diakses. Jadi memang lebih mudah sebab kita lebih cepat, tiada gangguan belajar dengan menggunakan internet ini", kata Pelajar Muhammad Nur Fikri Norzaid.