fb fb fb fb fb

Projek perumahan PR1MA: 22 masih dalam pembinaan, libatkan 13 projek sakit

(FOTO HIASAN/ BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 14 Jun- Sebanyak 54 projek perumahan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) telah siap dibina, manakala 22 projek sedang dalam peringkat pembinaan dan 10 projek dalam peringkat perancangan.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir memaklumkan daripada 22 projek itu, 13 daripadanya merupakan projek sakit PR1MA .

"Sebanyak 22 projek masih dalam peringkat pembinaan dan belummemperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC),sebanyak dua projek telah siap dibina dan telah menerima CCC,namun masih dalam proses pemeriksaan dan pembaikan kecacatan bangunan sebelum unit kediaman dapat diserahkankepada pembeli dan sebanyak empat  projek kini dalam proses penyerahan kunci yang dibuat secara berperingkat bermula pada 13 Jun 2023, iaitu semalam," katanya.


(Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir)

Jelasnya, penubuhan ' taskforce' Projek Sakit dan Terbengkalai sebagai jawatankuasa utama bertindak memantau dan mencari penyelesaian projek sakit.

Beliau menjawab soalan yang di kemukakan wakil Alor setar Afnan Hamimi Taib Azamudden di Dewan Rakyat.

Sementara itu, Akmal berkata mana mana projek perumahan  yang  siap  dan mengalami masalah atau  kecacatan , ia masih  tertakluk kepada  Tempoh Liabiliti Kecacatan atau “Defect Liability Period” (DLP).

Ujarnya, sekira terdapat kecacatan  yang tidak mengikut seperti mana yang di persetujui , perkara itu masih berada di bawah tanggungan pihak pemaju.

"Namun kami juga ambil maklum bahawa  ada pihak pembeli yang  walaupun dilaporkan pihak pemaju mungkin tidak mahu berikan  kerjasama, perkara ini kalau ada butiran spesifik boleh diangkat kepada KPKT," katanya.

Beliau turut mengingatkan kepada  bakal pembeli kediaman PRIMA berwaspada dengan maklumat dan promosi bagi mengelakkan sebarang penipuan .


Media Baharu