fb fb fb fb fb

Projek Pembersihan dan Pengindahan Sungai Melaka Fasa 2 dijangka siap tahun 2024

MELAKA, 14 Februari - Kerajaan Negeri berharap beberapa komponen yang terdapat di Projek Pembersihan dan Pengindahan Sungai Melaka Fasa 2 dapat disiapkan menjelang Tahun Melawat Melaka 2024.

Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, ini kerana hanya terdapat 20 peratus sahaja baki yang perlu disiapkan.

Justeru, tender untuk kerja berkenaan akan dibuka pada Mac ini dan peruntukkan tersebut akan diumumkan dalam pembentangan bajet nanti.

"Saya tanya bilakah ianya boleh dijangka siap, pihaknya memberitahu dia akan serah apabila surat setuju terima atau surat tapak nanti, ia mengambil masa 18 bulan untuk menyiapkan semua 17 komponen yang tidak siap lagi.

"Jadi ingat pertengahan 2025 baru siap keseluruhan. Tapi disebabkan tahun melawat melaka 2024 saya minta pihak kementerian berkenaan hadir kalau boleh kita bahagikan 2, 3 komponen yang boleh disiapkan awal” katnya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Sungai Melaka Fasa 2 di Pengkalan Rama.

Projek Pembersihan dan Pengindahan Sungai Melaka Fasa 2 dilancarkan pada 2012 dan terbahagi kepada tiga pakej membabitkan kerja di sepanjang 5.2 kilometer bermula dari Jabatan Hang Jebat hingga pintu kawalan pasang surut Batu Hampar.

Media Baharu