Projek pembangunan penting di Kedah diteruskan, kebajikan pesawah diberi perhatian – PM

Foto FB Datuk Seri Anwar Ibrahim

MERBOK, 7 Jun – Pelaksanaan projek pembangunan penting di Kedah akan terus dilaksanakan termasuk projek tebatan banjir serta usaha memperkukuh sektor pertanian demi kesejahteraan rakyat negeri berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan persekutuan beri tumpuan khusus kepada golongan pesawah melalui peruntukan MADA untuk meningkatkan hasil pengeluaran dan pendapatan.
  • Walau Kedah bukan parti sama dengan persekutuan, peruntukan tetap diberikan sebagai tanggungjawab kerajaan.
  • Kerajaan membelanjakan RM1 bilion untuk membantu keluarga penanam padi yang tergolong dalam golongan miskin.
  • Negara fokus kuasai teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan dan ekonomi digital, pelaburan berbilion dibawa ke Kedah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan persekutuan turut memberi tumpuan khusus kepada golongan pesawah melalui peruntukan yang disalurkan menerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bagi meningkatkan hasil pengeluaran dan pendapatan hasil.

“Kedah bukan satu parti dengan persekutuan. Saya tiada masalah dengan projek tebatan banjir, saya tetap memberi peruntukan yang sama. Itu tanggungjawab persekutuan.

“Kita belanjakan RM1 bilion sebab saya tahu antara keluarga paling miskin di Malaysia secara umumnya merupakan keluarga penanam padi. Justeru itu kita cari jalan nak menyelesaikannya,” katanya.

Datuk Seri Anwar berkata demikian ketika berucap pada Sesi Mesra bersama Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Negeri Kedah di sini.

Tambah beliau, masa depan negara amat bergantung kepada keupayaan menguasai teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan dan ekonomi digital.

Sehubungan itu katanya pelaburan berbilion ringgit dalam sektor teknologi sedang dibawa masuk ke beberapa negeri termasuk Kedah, Selangor, Sabah dan Sarawak bagi memastikan Malaysia terus kekal berdaya saing.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.