PM tumpu pulih ekonomi, bukan pertahan jawatan

FOTO BERNAMA

MERBOK, 7 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak menangguhkan pembubaran Parlimen semata-mata untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

RINGKASAN BERITA AI
  • Fokus penuh kepada pemulihan ekonomi dan penyelesaian masalah rakyat.
  • Ketidaktentuan politik dan pilihan raya kerap merosakkan keyakinan pelabur serta menjejaskan pelaburan berkualiti.
  • Beliau tiada kuasa penuh ke atas kerajaan negeri; mahu tumpu selesaikan isu dalam dua hingga tiga bulan.

Tegas Perdana Menteri, beliau mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha memulihkan ekonomi negara dan menyelesaikan masalah rakyat.

Jelasnya, ketidaktentuan politik dan pilihan raya yang terlalu kerap hanya akan menjejaskan keyakinan pelabur serta mengganggu usaha kerajaan menarik lebih banyak pelaburan berkualiti ke negara ini.

“Urus ekonomi ini penting, tetapi urus ekonomi ini bergantung kepada keadaan yang stabil. Kalau keadaan kacau-bilau, pilihan raya tiap-tiap bulan, siapa nak datang? Tidak ada ketentuan.

“Walaupun saya Perdana Menteri, saya tidak mempunyai kuasa penuh untuk menentukan apa yang dibuat oleh kerajaan negeri, dan ini berlaku sekarang.

“Saya mahu tumpu untuk menyelesaikan dulu dalam dua tiga bulan. Betul, ekonomi kita baik sebab stabil. Kalau huru-hara, orang luar tidak datang,” katanya.

Beliau berucap pada Sesi Pertemuan Mesra bersama Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Negeri Kedah di Universiti Teknologi MARA, di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.