
MERBOK, 7 Jun – Harga minyak di Malaysia masih rendah berbanding negara-negara lain yang merekodkan peningkatan harga bahan api secara mendadak susulan krisis bekalan global.
- Datuk Seri Anwar sebut Arab Saudi rekodkan RM2.50 seliter berbanding RM1.99 seliter di Malaysia.
- Arab Saudi sebagai pengeluar utama juga tidak dapat bertahan harga minyak seperti Malaysia.
- Anwar menggesa rakyat supaya bersikap lebih bersyukur kerana tidak terjejas teruk oleh krisis bekalan global.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Arab Saudi sebagai antara pengeluar minyak dunia turut mencatatkan harga minyak RM2.50 seliter berbanding RM1.99 seliter di negara ini.
“Harga minyak di Malaysia paling rendah di dunia. Dulu, Malaysia RM1.50 seliter, Arab Saudi RM5. Sekarang, di Arab Saudi RM2.50 manakala Malaysia RM1.99
“Arab Saudi antara pengeluar minyak terbesar di dunia pun tak dapat bertahan harga minyak macam kita. Syukur la,” katanya.
Beliau berucap pada sesi pertemuan mesra bersama Ketua-ketua Jabatan
Persekutuan dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung
Persekutuan Negeri Kedah di sini.
Susulan kemampuan Malaysia mengawal harga minyak ditengah-tengah krisis bekalan global ketika ini, Datuk Seri Anwar meminta rakyat Malaysia bersikap lebih bersyukur kerana tidak terjejas teruk dengan krisis berkenaan.