fb fb fb fb fb

Projek pelabuhan pendaratan perkukuh sektor perikanan

Datuk Seri Amirudin Shari

SABAK BERNAM, 28 Jun- Sebuah projek pelabuhan pendaratan bersepadu akan dibangunkan di Sekinchan, Selangor, antara usaha memperkukuh sektor perikanan negeri dan menyokong agenda keterjaminan makanan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, projek bawah pelaksanaan Kawasan Pembangunan Sabak Bernam atau SABDA itu melibatkan pelaburan permulaan sebanyak RM500 juta.

Melalui pembinaan pelabuhan secara berfasa itu, ia dijangka meningkatkan sumbangan sektor perikanan negeri daripada satu kepada lima peratus dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Satu projek telah mula dilancarkan iaitu tempat pendaratan ikan fasa pertama yang akan membina jeti. Kawasan ikan dianggarkan mempunyai 30-40 tempat untuk bot-bot nelayan telah beroperasi di sini mendapat tempat yg baik.

"Fasa-fasa seterusnya, kawasan ini turut dibina untuk tempat memperbaiki, menyelenggara atau membuat bot-bot besar dan ekosistem dan diikuti dengan tempat pelancongan pada masa depan. Tahap kelulusan tanah telah diselesaikan penggantian, lokaliti yang telah ditetapkan dan kita harapkan akan disegerakan dan dikemukan kepada pihak terbabit untuk memastikan bahawa rancangan ini akan dapat dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Peluncuran Pembangunan Fasa Pertama Kompleks Pendaratan Hasil Laut di Sekinchan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI