(Lawatan ke tapak projek Projek jambatan baharu Sungai Chelong di Lubuk Buntar, daerah Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU, 21 Mei- Projek Membina Projek Membina Jambatan baharu Sungai Chelong di Lubuk Buntar, daerah Bandar Baharu, dijangka siap mengikut jadual.
Kerja-kerja pembinaan sedang giat dilakukan oleh kontraktor yang dilantik oleh Kementerian Kerja Raya dan telah mencapai tahap 55.6 peratus.
Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Nor berkata pembinaan jambatan baharu tersebut bagi menggantikan jambatan lama yang runtuh beberapa tahun lalu dan dijangka siap pada November ini.
(Projek Membina Jambatan Baharu Sungai Chelong di Lubuk Buntar,
daerah Bandar Baharu)
Selain Projek Membina Jambatan Baharu Sungai Chelong, kerja-kerja memasang paip bersaiz besar bagi Projek Loji Rawatan Air, LRA Lubuk Buntar dan projek menurap semula jalan tersebut sedang dilakukan.
Katanya, sepanjang tempoh itu, jalan lencongan sementara telah dibina di kawasan bersebelahan jambatan baharu dan orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui jalan tersebut.
“Jadi daripada tiga projek tu memanglah ada sedikit sebanyak masalah untuk diselaraskan. Bila hendak korek, dengan keadaan cuaca, keadaan lalu lintas adalah terjejas tetapi tidak banyak dua peratus sahaja, kita masih lagi di peringkat daerah, Dato’ pegawai daerah sendiri pun memang gesa projek ni untuk cepat, diselaraskan dengan cepat supaya semua tiga-tiga projek itu seiring dan kalau sudah siap semua tu siap (dengan) elok”, Katanya kepada RTM selepas melawat projek tersebut.
Beliau yang menaiki bas dua tingkat “Malaysia Madani” turut melawat beberapa kemudahan infrastruktur seperti lampu jalan, sistem perparitan, dan penurapan jalan yang dilaksanakan di Daerah Bandar Baharu.