fb fb fb fb fb

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Allahyarham Zainuddin Yahya

(Pengasas dan pemilik Restoran Tukdin Flavours of Malaysia di London,
Allahyarham Zainuddin Yahya)

KUALA LUMPUR, 21 Mei 2023- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Zainuddin Yahya, pengasas dan pemilik Restoran Tukdin Flavours of Malaysia di Kota London, United Kingdom yang telah kembali ke Rahmatullah semalam.

Menerusi catatan facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.


(Foto Facebook Istana Negara)

"Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh", menurut catatan tersebut.

Allahyarham yang telah menetap lebih 40 tahun di London mengusahakan restoran Tukdin Flavours of Malaysia sejak lebih 13 tahun lalu dengan hidangan Malaysia yang menjadi inspirasi utama restoran berkenaan.

Restoran Allahyarham sangat popular dan sering dikunjungi selebriti dunia, malah menjadi pilihan kenamaan, rakyat dan pelajar Malaysia di London.

Media Baharu