(Foto Asyraf Wajdi Dusuki)
BALING, 21 MEI- Majlis Amanah Rakyat (MARA) meluluskan peruntukan berjumlah RM760,000 kepada Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Baling.
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata peruntukan tersebut bagi menaik taraf dan membaik pulih bangunan serta peralatan makmal komputer.
"Ia juga melibatkan kerja-kerja menaik taraf kuarters pekerja dan guru, pembaikan bumbung di bangunan akademik dan lain-lain.
"Saya berharap usaha ini dapat menjadikan MRSM Baling sebagai institusi kondusif bagi terus melakar kecemerlangan buat para pelajar di sini," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke MRSM Baling.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA Razlan Samsuri, Ketua UMNO Bahagian Baling Datuk Seri Azeez Abd Rahim dan pengurusan MARA Kedah.
(Foto Asyraf Wajdi Dusuki)