fb fb fb fb fb

Polis Kulim rampas 3,200 karton rokok seludup

(Foto Polis Kulim rampas)

KULIM, 21 Mei- Sebanyak 3,200 karton rokok seludup dirampas di Jalan Lunas-Kelang Lama di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Redzuan Salleh berkata bertindak atas maklumat, pihaknya telah menahan sebuah lori dipandu seorang lelaki.
 
Hasil pemeriksaan polis menemui 64 kotak yang setiap satunya mengandungi 50 karton rokok.

"Rokok dan sebuah lori serta beberapa barangan lain dengan anggaran nilai keseluruhan berjumlah RM192,000 dirampas untuk siasatan lanjut.
 
"Suspek yang mempunyai tiga rekod lampau dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, Seksyen 324/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 turut ditahan untuk siasatan lanjut.
 
"Kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 kerana disyaki membawa rokok seludup tanpa membayar cukai.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti jenayah agar menyalurkannya di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim di talian 04-4906222.


(Foto Polis Kulim rampas)

Media Baharu