fb fb fb fb fb

Lebih 200 anak yatim diraikan dalam majlis Aidilfitri

ALOR SETAR, 21 Mei- Lebih 200 anak yatim diraikan dalam satu majlis Aidilfitri di sini semalam.

Usahawan, Datuk Zuraidi Rahim meraikan anak-anak yatim itu sebagai tetamu istimewa pada majlis berkenaan.

Kesemua penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Kampung Che Bema, Sungai Petani diraikan dengan juadah enak, selain menerima duit dan hamper.

"Majlis tersebut memberikan keceriaan terhadap kesemua anak yatim tersebut.

"Ia juga menjadi tanggungjawab setiap insan berkemampuan untuk membantu mereka yang memerlukan," katanya kepada pemberita di sini.

Bukan sahaja jamuan Aidilfitri, malah pada bulan-bulan lain, beliau turut mengadakan majlis yang sama dengan menyantuni golongan asnaf.

Hadir memeriahkan majlis ini, Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad.


(Majlis tersebut memberikan keceriaan terhadap kesemua anak yatim tersebut)

Media Baharu