fb fb fb fb fb

Jemaah haji musykil sedia dibantu

MADINAH, 21 Mei- Unit Ibadat dan Ziarah Sektor Madinah kini bersiap sedia membantu para jemaah dalam menjalankan aktiviti termasuk menjawab persoalan membabitkan hukum haji dan umrah.

Pengurus Bimbingan Madinah, Muhammad Fakhrur Ridzwan Othman memaklumkan, fokus aktiviti jemaah sepanjang enam hari di Madinah adalah melibatkan ziarah dalam dan luar.

Pasukan tersebut juga akan menganjurkan taklimat selain menjadi sumber rujukan kepada jemaah.

Portal E-Bimbingan dan E-Taib juga dibuka kepada mereka yang mempunyai persoalan mengenai ibadat haji atau umrah.

"Lazimnya persoalan yang dibangkitkan adalah fiqah wanita, bagi lelaki tiada masalah.

Ini diambil serius pembimbing ibadat kita untuk bantu memahami hukum dan melaksana ibadat dalam tempoh tersebut," katanya.

(Foto hiasan)

Seramai 10 petugas Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) yang berkhidmat di Madinah.

Empat daripadanya akan bertanggungjawab menjaga portal E-taib

Kumpulan pertama yang terdiri daripada 284 jemaah haji Malaysia bakal berlepas ke Tanah Suci pada awal pagi ini dengan penerbangan Malaysia Airlines.

Media Baharu