(Foto Fahmi Mohd Nor)
IPOH, 21 Mei- Polis Perak menahan empat lelaki dipercayai terlibat dalam pergaduhan melibatkan perlawanan bola sepak antara pasukan Perak FC dan Selangor FC malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya menahan empat lelaki berusia antara 18 hingga 26 tahun, dipercayai terlibat dalam pergaduhan di Stadium Ipoh itu.
"Hasil saringan air kencing terhadap salah seorang tangkapan mendapati suspek positif dadah jenis ganja.
"Kes disiasat di bawah seksyen 147 kanun keseksaan kerana merusuh.
"Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi ACP Sze Yuan di talian 012-6195312 bagi membantu mengesan penyokong yang terlibat dalam pergaduhan tersebut," katanya kepada pemberita di sini.
Dalam perlawanan tersebut Selangor FC menewaskan Perak FC, 4-0.
(Foto Fahmi Mohd Nor)