fb fb fb fb fb

Cadangan bina flat baharu di Taman Ungku Tun Aminah, JB akan dikaji

JOHOR BAHRU, 21 Mei- Cadangan pembinaan flat baharu di Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru bagi menggantikan sebahagian blok lama yang usang akan dikaji.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, kos pembaikan untuk 4,089 unit flat itu mencecah RM26.3 juta.
 
Beliau berkata, pembinaan blok flat baharu, boleh menjamin kualiti jangka hayat kediaman tersebut selama 45 tahun.


(Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor)
 

Blok 16 yang paling terkesan ketika ini memerlukan kos sebanyak RM1.8 juta bagi menyelenggara pendawaian, kerja-kerja paip, saliran, dan mengecat.
 
Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri menerusi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) akan mengadakan projek perintis bagi menjalankan kerja penyelenggaraan, yang dijangka siap hujung tahun ini.

"Mengenai peruntukan keseluruhan projek ini sebanyak, RM26.3 juta. Jadi seperti yang diumumkan oleh YB Menteri. Tetapi di peringkat kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT), kita juga akan buat program tanggungjawab sosial korporat (CSR), ambi1 satu blok 16, sebagai projek perintis", katanya.
 
Beliau berkata demikian semasa menyertai Plogging Johor Bersih di kawasan tersebut, yang disertai lebih 200 peserta daripada pelbagai agensi, serta SWM Environment.
 

Media Baharu