fb fb fb fb fb

Projek inovasi teknologi kitar semula sisa kapur karbida, terima Anugerah Khas Juri

Pegawai Penyelidik Jabatan Mineral dan Geosains Dr. Rohaya Othman

KUALA LUMPUR, 27 April - Projek inovasi berasaskan teknologi kitar semula sisa kapur karbida yang dipelbagaikan sebagai produk komersial mesra alam memenangi pingat emas dan Anugerah Khas Juri di Pameran Reka Cipta Antarabangsa Geneva ke-49.

Pegawai Penyelidik Jabatan Mineral dan Geosains Dr. Rohaya Othman berkata, teknologi reka cipta bahan buangan daripada industri asetilena itu dihasilkan oleh pasukan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG.

Jelas Dr. Rohaya, teknologi berkenaan menukar batu kapur sintetik kepada pelbagai bentuk yang versatil untuk pelbagai kegunaan, di samping selamat, memelihara kelestarian alam; sekali gus mengembangkan industri berkaitan.

Teknologi dikenali sebagai 'Rejuvenating Global Wealth via Remineralisation' itu turut menerima Anugerah Khas (berpotensi untuk meningkatkan kehidupan manusia) dari Taiwan Invention Association (TIA).

"Jadi sisa buangan yang dihasilkan daripada industri gas asetilena ini boleh dikategorikan sebagai bukan lagi sisa, tetapi bahan baru yang boleh menghasilkan ekonomi yang baru. Jadi, kita harap kita sebenarnya bukan sahaja melestarikan alam tetapi kita boleh menambah ekonomi negara.

"Ayuh, pemain industri, silalah untuk komersialkan produk ini komersialkan teknologi yang kami sediakan ini. Percayalah kepada pegawai penyelidik tempatan...sebab apa? Kami telah buktikan ianya setanding dan setaraf di mata dunia," katanya.

Dr Rohaya ditemu bual selepas berkongsi kejayaan bersama-sama pasukannya dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia yang bersiaran langsung dari Wisma Berita, Angkasapuri.

TETITIA YUSOFF