fb fb fb fb fb

Akaun fleksibel KWSP insiatif tangani situasi ekonomi semasa

Pengarah Program MBA Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abd Latif

SERDANG, 27 April - Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memperkenalkan Akaun Fleksibel dilaksana mengambil kira situasi ekonomi semasa dan cabaran pekerjaan arus perdana.

Pada masa sama, bertujuan menambah baik kemudahan kepada pencarum di samping menangani masalah atau isu yang dibangkitkan para pencarum khususnya ketika dunia berdepan cabaran pandemik COVID-19.

Bagaimanapun Pengarah Program MBA Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abd Latif berkata, ia bukan satu-satunya pilihan kepada pencarum untuk menyelesaikan isu jangka pendek dan panjang melibatkan kos sara hidup dan mendepani zaman persaraan.

Katanya, semua pihak perlu bermuhasabah serta berganding bahu menangani isu tersebut menerusi perancangan yang sesuai dan tindakan yang sewajarnya.

"Kita lihat sebenarnya apabila dilihat secara menyeluruh statistik menunjukkan bahawa hanya mungkin 30% sahaja daripada pencarum yang akan berjaya mencapai jumlah simpanan asas untuk bersara dengan selesadisebabkan itu, kalau kita lihat.

"Pada masa sama, sebagai individu sebagai pekerja harus untuk kita sentiasa meningkatkan kemahiran, pengetahuan kita supaya kita dapat gaji yang lebih kompetatif yang lebih tinggi, yang membolehkan caruman yang lebih tinggi dan juga kerjasama daripada majikan untuk memastikan ada ruang untuk meningkatkan kadar caruman pekerja dan juga majikan dan juga pada masa sama kita harus kalau ada duit lebih, untuk mencarum secara sukarela," kata Dr Razman, di sini.

Beliau berkongsi pandangannya dalam temu bual menerusi aplikasi 'Google Meet' dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM), di Angkasapuri.

KWSP mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.

Menerusi inisiatif itu, akaun ahli KWSP akan distruktur semula daripada Akaun 1 dan Akaun 2 kepada tiga akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.

TETITIA YUSOFF