fb fb fb fb fb

Projek HSR: Anthony Loke dijangka bertemu pihak Singapura

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 4 Ogos- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta syarikat-syarikat gergasi supaya melatih pelajar daripada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi mewujudkan pekerja yang mempunyai kemahiran yang tinggi.

Menurut Anwar, beliau menyeru tenaga pengajar TVET turut diberikan latihan kemahiran supaya dapat meningkatkan sistem pengajaran yang lebih berkualiti.

"Pengarahnya telah meminta syarikat-syarikat besar supaya mengambil alih, umpanya PROTON mengambil alih TVET, sebahagiannnya agar latihan tersebut memenuhi keperluan PROTON dan Geely.

"PETRONAS mengambil alih di Batu Rakit dan Pengerang agar memenuhi keperluan Aramco dan syarikat-syarikat lain. Itu beberapa langkah awal," katanya kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia 2023.

Tambah beliau lagi, beberapa kemudahan pengajaran TVET akan diberikan peruntukan tambahan dalam memudahkan proses pengajaran.

Sementara itu, Majlis Mesyuarat Presiden Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat dalam memilih calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Sebelum ini, kedua-dua kerusi tersebut adalah milik AMANAH dan pernah disandang oleh bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, yang juga timbalan presiden parti tersebut.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 9 September depan manakala penamaan calon pada 26 Ogos.

Penyandangnya, Allahyarham Salahuddin meninggal dunia pada 23 Julai lalu akibat pendarahan otak.

Dalam pada itu, Anwar berkata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dijangka akan mengadakan pertemuan dengan pihak Singapura berhubung cadangan baharu berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Namun, pertemuan tersebut hanya boleh diadakan selepas keputusan awal peringkat kerajaan.

Sebelum ini dilaporkan kerajaan Singapura bersedia untuk mengadakan perbincangan bersama Malaysia berhubung pelaksanaan semula projek HSR.

Dalam satu kenyataan oleh Pengerusi Pengerusi MyHSR Corp, Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman turut memaklumkan pelaksanaan semula projek tersebut tidak akan membabitkan kos kerajaan sebaliknya dibiayai pihak swasta sepenuhnya.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu