fb fb fb fb fb

Menghadap Sultan Kedah, hanya kunjungan hormat, tidak bincang soal REE

(Perdana Menteri merasmikan Majlis Sidang Kemuncak
Tahunan Pengkomersialan Malaysia 2023/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 4 Ogos- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau bersama ahli perniagaan dari Indonesia menghadap Sultan Kedah Sultan Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah hanyalah kunjungan hormat kepada Sultan Kedah.

Beliau berkata pertemuan itu tiada kaitan dengan urusan permohonan untuk mengusahakan aktiviti unsur nadir bumi (REE) di negeri tersebut seperti yang didakwa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.


(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/BERNAMA)

"Isu dia curi nadir bumi, isu dia ... jangan alihkan. Mengadap Tuanku itu, jadual Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Kedah. Jadi, saya tiada mahu kaitkan.

"Itu pertemuan Sultan Kedah dan majlis itu majlis dengan Sultan Kedah. Ia tidak berbangkit soal unsur nadir bumi. Isunya, kalau memohon pun, itu bukan kepada Sultan Kedah.

"Sultan Kedah panggil saya, ada hal-hal lain termasuk ziarah makam, itu soal lain ya. Tetapi yang saya nak sebutkan di sini, isu REE ini jangan dialih, iaitu curi nadir bumi, memberi kelulusan kepada syarikat cina tanpa kebenaran. Maknanya, itu isunya.

Beliau menjelaskan kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia di ibu negara.

Dakwaan tersebut turut disangkal oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini dan memaklumkan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Reza Chalid itu hanya sekadar menemani Datuk Seri Anwar untuk menghadap Sultan Kedah.


Media Baharu