HO CHI MINH, 1 Julai - Sebanyak 350 kilogram daging daripada tujuh ekor lembu telah diagihkan kepada asnaf melalui 20 surau, masjid dan madrasah di sekitar Ho Chi Minh, Vietnam.
Ini menerusi Program Ziarah Korban Vietnam anjuran Masjid Muhammadi Angkasapuri dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia (IAM).
Seramai 43 orang peserta telah menyertai program tersebut termasuk kakitangan dan pesara Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Konsul di Pejabat Konsulat General Malaysia di Bandar Ho Chi Minh, Raja Hanizam Putra Raja Najamudin berkata sumbangan daripada Malaysia itu akan mengeratkan lagi hubungan bersama komuniti Islam di Vietnam.
"Program berjalan dengan baik, mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat. Komuniti muslim di sini agak kecil berbanding keseluruhan penduduk Vietnam. Jadi sebarang sumbangan korban amat dialu alukan di sini," katanya ketika ditemui pemberita pada program tersebut, di sini.
Pengagihan daging korban yang telah siap dibungkus diserahkan kepada Persatuan Komuniti Islam bandar raya itu yang terletak di @52 Nguyen Van Troi.
Sebelum ini, Masjid Muhammadi Angkasapuri dan IAM pernah menganjurkan aktiviti sama di Sri Lanka pada 2020 dan 2021, di Nepal pada 2019 dan diĀ KelantanĀ 2022.