IPOH, 30 Jun- Bom yang ditemui di tepi kolam Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo), Ipoh petang tadi milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata perkara itu disahkan ATM.
"Bom mortar tersebut digunakan untuk latihan dan telah diserahkan kepada ATM untuk tindakan lanjut," katanya menerusi kenyataan.
Terdahulu, polis menerima maklumat mengenai penemuan satu objek menyerupai bom oleh orang awam di taman rekreasi tersebut pada pukul 3.00 petang.
Pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak telah tiba di lokasi kejadian untuk menyiasat dan memproses objek berkenaan.
(Terdahulu, polis menerima maklumat mengenai penemuan satu objek menyerupai
bom oleh orang awam di taman rekreasi tersebut pada pukul 3.00 petang)