fb fb fb fb fb

Program Ziarah Kasih, UMNO Arau santuni 30 keluarga

ARAU, 2 April- UMNO bahagian Arau menyantuni seramai 30 keluarga yang kurang berkemampuan, terlantar sakit dan warga emas.

Ia menerusi Program Ziarah Kasih sempena Ramadan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Rozabil Abd Rahman berkata program yang dilaksanakan ini sebagai tanda keprihatinan pemimpin setempat.

"Setiap keluarga yang disantuni pada program ini menerima bakul makanan untuk keperluan sepanjang Ramadan ini.

"Selain bantuan Ramadan ini, bantuan untuk menyambut Aidilfitri turut akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan," katanya kepada pemberita di sini.


(Setiap keluarga yang disantuni pada program ini menerima bakul makanan
untuk keperluan sepanjang Ramadan ini)

Media Baharu