fb fb fb fb fb

Bazar Ramadan, JKN Johor keluarkan 120 notis peringatan

JOHOR BAHRU, 2 April- Sebanyak 120 notis peringatan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor, sehingga Sabtu lalu.

Exco Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata ia hasil pemeriksaan ke atas 2,446 premis bazar Ramadan di seluruh negeri itu.

Ia membabitkan nilai kompaun keseluruhan berjumlah RM23,000.

"Antara teguran yang dibuat pegawai penguat kuasa kesihatan adalah melibatkan penyediaan makanan di premis, pemakaian apron, kebersihan diri dan tidak menghadiri kursus latihan pengendalian makanan.

"Pemeriksaan susulan juga akan dibuat ke atas premis yang telah diberikan notis dan tindakan kompaun boleh dikenakan jika pemilik premis masih gagal mematuhi peraturan-peraturan kebersihan makanan 2009.

"Pengunjung digalakkan untuk turut serta membuat aduan kepada pihak pejabat kesihatan.

"Kita turut memperkenalkan QR Code untuk orang awam membuat aduan terhadap makanan kurang bersih dan mereka boleh membuat aduan menerusi aplikasi itu," katanya kepada pemberita di sini.


(Ia membabitkan nilai kompaun keseluruhan berjumlah RM23,000)

Media Baharu