fb fb fb fb fb

Program TVET besar-besaran miskin desa, separa bandar dan bandar akan dilaksana

(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid melambai tangan sebaik menyampaikan ucapan
dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2022/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 13 Januari- Program Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan dilaksana secara besar-besaran dengan mengambil kira kelompok miskin desa, separa bandar dan bandar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata matlamat utama program itu ialah meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran pelajar lepasan sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan.

"Kita mahu melihat peluang pekerjaan, peluang perniagaan, latihan semula dan peningkatan kemahiran serta padanan pekerjaan sesuai dengan kelayakan, segera dilaksanakan.

"Ini memandangkan ramai siswazah tidak memegang jawatan setara dengan kelayakan mereka. Kita juga mahu tumpuan diberikan kepada pelajar-pelajar lepasan sekolah," katanya.

Menurut beliau Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah diminta memberi tumpuan kepada usaha menjayakan misi berkenaan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sumber Manusia.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menyatakannya semasa menyampaikan ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung UMNO 2022 di sini.

(Program TVET besar-besaran miskin desa, separa bandar dan bandar akan dilaksana)

Media Baharu