fb fb fb fb fb

KPM harap pulih 17 sekolah projek 'sakit'

NIBONG TEBAL, 13 Januari- Kementerian Pendidikan (KPM) berharap dapat memulihkan 17 projek sekolah di seluruh Malaysia yang tergolong dalam kategori projek 'sakit' akan disegerakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Menurut menterinya Fadhlina Sidek, "saya rasa sekolah ini yang betul-betul kita lihat ada 17 buah termasuk di Sabah dan Sarawak. Projek ini perlu disegerakan supaya status projek tersebut boleh dipindahkan kepada tender semula, maksudnya dia bergerak mengikut jadual yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah di sekitar kawasan Parlimen Nibong Tebal.

Beliau turut berkata, antara punca kelewatan menyiapkan sekolah tersebut adalah disebabkan masalah kekurangan tenaga kerja bagi melaksanakan kerja-kerja akhir yang tertangguh.

Dalam perkembangan lain, beliau mahu semua pihak memberi maklumat berkenaan isu keciciran pelajar kepada pihak kementerian.

Orang ramai yang mempunyai pandangan, idea dan penyelesaian berkenaan isu itu diminta bekerjasama dengan pihak KPM.

(Fadhlina Sidek)

Media Baharu