fb fb fb fb fb

KUSKOP peruntukkan RM2 juta bantu koperasi dan ahli terjejas banjir

PASIR PUTEH, 13 Januari - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi membantu koperasi dan ahlinya yang terkesan banjir.

Timbalan Menterinya, Saraswathy Kandasami berkata peruntukan itu disediakan di bawah Tabung Bencana kementerian itu.

Beliau berkata ketika banjir baru-baru ini, banyak koperasi dan ahlinya yang terjejas teruk dan peruntukan itu disediakan bagi membantu meringankan beban mereka.

Katanya, pihak kementerian kini sedang merekodkan jumlah kerugian yang dialami oleh koperasi dan ahlinya agar bantuan yang disalurkan dapat memberi manfaat.


(Timbalan Menteri KUSKOP, Saraswathy Kandasami pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat
bersama Gerakan Koperasi di Kampung Dalam Rhu, Pasir Puteh)

"Ada ramai ahli koperasi juga yang terjejas dan KUSKOP juga ada memperuntukkan sedikit bajet untuk menangani kerosakan, membantu dalam mereka yang terjejas dalam premis, kalau premis ke apa-apa yang terjejas akibat daripada banjir dan bagi perseorangan kita bagi bantuan seperti ini," kata beliau ketika ditemui selepas Program Tanggungjawab Sosial Korporat bersama Gerakan Koperasi di Kampung Dalam Rhu, di sini hari ini.

Jelas Saraswathy, pihaknya akan mengagihkan bantuan kepada 600 keluarga terjejas banjir di sekitar Pasir Puteh dan Kuala Besut.

Ujarnya, nilai keseluruhan bantuan yang diagihkan berjumlah RM155,000 dalam bentuk bakul makanan.

Media Baharu