fb fb fb fb fb

Program Smart SBB, kerjasama dengan swasta mampu lipat ganda hasil padi negara

(Ahmad menghadiri Program Dialog Industri Agromakanan Bersama Komuniti Agromakanan Negeri Johor Tahun 2022 di Muar)

MUAR, 10 Mac - Pelaksanaan program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) di bawah inisiatif Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bersama syarikat swasta, dilihat mampu membantu pesawah melipatgandakan pengeluaran hasil padi negara.

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Hamzah masih terdapat lagi golongan petani yang mengekalkan teknik penanaman secara konvensional, berikutan tidak mampu mengeluarkan modal besar.

Tambahnya, pembabitan pihak swasta ini secara tidak langsung berupaya mencapai sasaran Tahap Sara Diri (SSL) beras negara menjelang 2025.

"Dengan adanya SMART SBB ini penglibatan daripada pihak swasta yang bukan sahaja mempunyai modal bahkan kepakaran dan dengan menggunakan teknik terbaharu, kita boleh melipatgandakan lagi pengeluaran," katanya.

(Ahmad bercakap kepada pemberita di Muar hari ini)

Beliau berkata demikian selepas Program Dialog Industri Agromakanan Bersama Komuniti Agromakanan Negeri Johor Tahun 2022 di Kompleks Peladang PPK Muar Selatan.

Ahmad berkata, menerusi SMART SBB juga purata hasil padi nasional boleh ditingkatkan kepada tujuh tan metrik sehektar berbanding purata hasil sekitar 3.5 hingga 4.3 tan metrik sehektar ketika ini.

Projek perintis juga telah dijalankan antaranya di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor dan IADA Seberang Perak.

Media Baharu