fb fb fb fb fb

Jabatan Kimia analisis sampel 'sotong ring' didakwa daripada usus haiwan

(Gambar Hiasan)

AMPANG, 10 Mac- Jabatan Kimia sedang menganalisis sampel gegelang sotong (sotong ring) yang dijual dalam pasaran selepas didakwa diperbuat daripada dubur atau usus babi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau difahamkan Jabatan Kimia sedang membuat ujian terhadap sampel yang telah diambil itu.

"KPDNHEP kami buat siasatan dan isu-isu yang berkaitan sama ada halal tidak halal itu di bawah JAKIM, jadi saya pun difahamkan Jabatan Kimia sedang membuat ujian untuk memastikan perkara tersebut." jelasnya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Penjenamaan Baharu Pasar Raya Lotus's di sini.

Tambahnya siasatan dibuat selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerima aduan daripada orang awam. Susulan itu dua kertas siasatan sudah dibuka.

Sebelum ini, tular di media sosial mendakwa 'sotong ring' yang dijual dalam pasaran diperbuat daripada usus babi didakwa dicampurkan perisa sotong dengan tanda halal, bukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Netizen turut mempertikai mengenai cap halal yang dicetak pada label pembungkusan tersebut.


(Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada Majlis Pelancaran Penjenamaan Baharu Pasar Raya Lotus's di Ampang, Selangor) 

Media Baharu