fb fb fb fb fb

Kuota VTL Darat Malaysia-Singapura ditambah mulai Isnin

KUALA LUMPUR, 10 Mac- Kuota harian bagi penumpang dibawah inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL Darat) Malaysia-Singapura akan ditambah daripada 2,160 orang kepada 3,420 orang mulai 14 Mac ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, langkah ini akan membolehkan lebih ramai lagi penumpang dapat merentasi sempadan Malaysia-Singapura tanpa kuarantin dan lain-lain keperluan yang dikenakan sebelum ini.

"Keputusan ini diambil susulan pengumuman terdahuluyang meningkatkan kapasiti penumpang daripada 50 peratus kepada 100 peratus pada
16 Februari 2022.

"Sehubungan itu, penjualan tiket bas untuk tambahan kuota harian ini akanbermula pada hari Jumaat, 11 Mac 2022 iaitu bagi perjalanan mulai Isnin, 14 Macm2022 dan seterusnya.

(Penjualan tiket bas untuk tambahan kuota harian ini akan bermula pada hari Jumaat, 11 Mac bermula bagi perjalanan 14 Mac 2022/Gambar fail)


“Pengendali bas yang ditetapkan Malaysia di Terminal Larkin di Johor Bahru akan terus mengendalikan VTL Darat ke Singapura ini,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Kementerian Pengankutan, pada Khamis.

Beliau berkata, penumpang masih tertakluk kepada keperluan perjalanan VTL Darat sedia ada termasuk menjalani ujian pra-berlepas (PDT) dan ujian semasa ketibaan (OAT).

"Perjanjian dua hala ini akan diteliti dari semasa ke semasa oleh kedua-dua negara dan sebarang keputusan akan dimaklumkan kelak," katanya.

Ka Siong berkata, walaupun peralihan Malaysia ke fasa endemik akan bermula pada 1 April dengan beberapa kelonggaran protokol perjalanan, perjanjian VTL Darat dengan Singapura kekal berkuat kuasa sebagai perjanjian dua hala antara kedua-dua kerajaan untuk terus memastikan keselamatan yang lebih baik bagi perjalanan darat ke dan dari Tambak Johor.

Media Baharu