fb fb fb fb fb

RTM penyebar maklumat sahih bencana

(Che Roslan (kiri) bersama Aminurrahim (tengah) dan Mohd Radhi (kanan) pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Penyampaian Watikah Pegawai Kehormat APM)

SUNGAI MERAB, 10 Mac- Peranan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai medium penyalur maklumat bencana yang sahih dan pantas terus diiktiraf

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud berkata, RTM akan terus berperanan memberi kesedaran terhadap bencana, sekali gus mengurangkan risikonya.

"RTM menyahut seruan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Tan Sri Annuar Musa yang mahu kita memainkan peranan untuk menyiarkan maklumat secara tepat dan cepat termasuk menyediakan amaran awal dan butiran sahih sesuatu bencana.

"Kerjasama ini memungkinkan ianya lebih lancar terutama untuk laporan dari lokasi kerana fasiliti dan kenderaan kita di RTM mungkin terbatas, tidak boleh masuk ke kawasan bencana secara semborono, berbanding pihak berwajib seperti APM, lebih terjamin juga dari segi keselamatan," katanya selepas menerima Pemakaian Pangkat dan Penyampaian Watikah Pegawai Kehormat APM di Ibu Pejabat APM di sini pada Khamis.

Che Roslan dianugerahkan pangkat Penolong Pesuruhjaya Kehormat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).yang disempurnakan Ketua Pesuruhjaya APM, KPj (PA) Aminurrahim Mohamed,

(Che Roslan (kanan) dianugerahkan pangkat Penolong Pesuruhjaya Kehormat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Aminurrahim berkata, dengan usaha sama itu, sebarang musibah atau kerosakan yang lebih teruk dapat dielakkan.

"Sememangnya pihak kami yakin bahawa kami mempunyai akses untuk memasuki kawasan bencana tetapi tidak mempunyai kapasiti untuk menyebarkannya kepada umum, jadi kerjasama ini pada masa akan datang perlu dilaksanakan..

"Bukan sahaja bencana yang sedang dan telah berlaku, malah kerjasama ini boleh dipergiat dengan penyaluran maklumat berbentuk amaran dan kesedaran awal bagi mengelakkan musibah dan kesan lebih besar dengan peranan media yang berfungsi menyampaikan maklumat lebih berkesan," katanya.

Turut menerima anugerah sama, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia, Profesor Dr Mohd Radhi
Ibrahi

Media Baharu