fb fb fb fb fb

Program Skuad Waja, langkah mesra komuniti tangani isu keganasan terhadap wanita

SEPANG, 30 Julai- Program Skuad Waja, langkah pro aktif dan mesra komuniti ke arah menangani isu keganasan terhadap wanita.

Pada masa sama, memperkasa keterlibatan wanita sebagai penggerak utama kesukarelawanan dalam komuniti, serta responden awal untuk bersama-sama menangani isu-isu yang berlaku dalam masyarakat.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata pelaksanaan program berkenaan juga diyakini dapat membuktikan wujud sinergi yang baik di antara pihak kerajaan dengan komuniti.

Ia khususnya dalam usaha menangani isu melibatkan keganasan, penderaan serta penindasan terhadap wanita.

"Jadi saya mengharapkan agar Skuad Waja ini akan menjadi mata dan telinga, akan menjadi wanita-wanita yang cekal, tabah dan juga membantu masyarakat yang lain dalam kita nak menunjukkan semangat prihatin kita kepada rakyat dan juga masyarakat khususnya.

"Kita tak sangka begitu ramai sekali yang menyambut untuk menjadi ahli Skuad Waja, ini menunjukkan kesedaran dan juga keprihatinan rakyat Malaysia khususnya wanita untuk membantu wanita yang lain," katanya.

(Rina Mohd Harun)

Beliau ditemui media selepas melancarkan Program Semarak Skuad Waja Negeri Selangor 2022, di sini hari ini.

Sehingga kini, lebih 323,000 orang telah mendaftar sebagai ahli Skuad Waja di seluruh negara.

Sepuluh peratus antaranya melibatkan penyertaan kaum lelaki; memberi gambaran bahawa isu menangani keganasan terhadap wanita adalah isu bersama.

Media Baharu