fb fb fb fb fb

Penjimatan subsidi bersasar disalur kepada golongan berpendapatan rendah

KUALA TERENGGANU, 30 Julai- RM20 billion perbelanjaan kerajaan setahun mampu dijimatkan sekiranya skim subsidi bersasar dilaksana, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, hasil penjimatan tersebut boleh disalurkan semula kepada golongan berpendapatan rendah termasuk kumpulan nelayan.

Cadangan mengenai skim itu akan dibentangkan kepada kabinet.

"Cara bagaimana sistem integrasi ini nak diperkenalkan oleh kerajaan itu pihak Kementerian Kewangan harus meneliti secara halus. Dan ini antara langkah yang pertama yang sedikit kerajaan boleh buat. Yang boleh menjimatkan perbelanjaan dan tak mempunyai kesan besar.

"Saya fikir seluruh negara bersetuju ada orang yang kaya tak semua orang susah. Orang miskin kena bagi bantuan lebih kerana mereka sudah bertambah miskin, " kata Muhyiddin selepas mengadakan perjumpaan bersama 2,000 golongan nelayan di sini.

Di majlis berkenaan beliau turut menyerahkan cek cura (mock cheque) pelbagai bantuan nelayan dengan jumlah keseluruhan RM20 juta.

Turur hadir Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

(Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media  selepas mengadakan perjumpaan bersama
2,000 golongan nelayan di Kuala Terengganu)

Media Baharu