fb fb fb fb fb

Cadangan lanjut jajaran ECRL ke Rantau Panjang belum diputuskan

FOTO FB Anwar Ibrahim

BEIJING, 3 September - Cadangan penyambungan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ke Rantau Panjang, Kelantan yang bersempadan dengan Thailand masih pada peringkat awal perbincangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dibangkitkan dalam pertemuan bersama Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatan, Li Qiang.

"Sekarang ini (jajaran) tamat di Kota Bharu. Jadi telah dinyatakan sebaiknya diteruskan sehingga ke sempadan Thailand.

"Jarak itu sekitar 25 kilometer ke Rantau Panjang, sempadan Thailand," katanya kepada media sebelum mengakhiri lawatan selama empat hari ke China.

Tambah Perdana Menteri, pelanjutan ECRL di kawasan berkenaan mampu meningkatkan ekosistem pembangunan dan perniagaan setempat.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar turut mengadakan perbincangan dengan China Communications Construction Company Ltd (CCCC), syarikat penyedia perkhidmatan infrastruktur terbesar global dan membincangkan mengenai pembangunan projek ECRL.

MUHAMMAD 'AZAMUDDIN HUSSAIN