fb fb fb fb fb

Tiada keperluan isi kad pengembara bermula 1 Ogos

PUTRAJAYA, 30 Julai - Berkuat kuasa Isnin ini semua pengembara yang masuk Malaysia tidak perlu lagi mengisi dan melengkapkan ciri-ciri Kad Pengembara dalam aplikasi MySejahtera.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin melalui kenyataan hari ini berkata, pihaknya bagaimanapun akan mempergiat pemantauan gejala di semua pintu masuk negara.

"Selain sistem kesihatan negara kini berada pada tahap baik.. keputusan turut ditetapkan bagi memudahkan prosedur kemasukan pengembara.

"Jika ada pengembara dikesan tidak sihat.. mereka akan dirujuk untuk pemeriksaan semula oleh pihak kesihatan," katanya.

Sekiranya disyaki menghidap penyakit berjangkit seperti COVID-19, monkeypox, MERS-CoV atau lain-lain, pengembara akan dirujuk ke fasiliti kesihatan berhampiran.

Media Baharu