fb fb fb fb fb

Program Sedekad Jelajah Ramadan RTM Kedah 2022 santuni Keluarga Malaysia di Sik

SIK, 8 April- Program Sedekad Jelajah Ramadan- RTM Kedah 2022 berjaya mencapai matlamatnya apabila segala yang dirancang berjalan dengan lancar.

Pengarah Penyiaran Negeri Kedah, Sharimah Abu Bakar berkata kerjasama yang diberikan Parlimen Sik membantu merealisasikan program kali ke 10 itu.

Ia sekali gus dapat memberikan impak yang amat baik kepada masyarakat.

Sebelum ini, pada tahun 2020, Jelajah Ramadhan tidak dapat dijalankan ekoran penularan pandemik COVID-19.

"Jadi apa yang diharapkan kerjasama yang baik ini dapat diteruskan lagi kerana program impak yang baik kepada masyarakat, kita dapat menyantuni mereka yang memerlukan atau Keluarga Malaysia kita berikan rasa gembira disamping bulan Ramadahan," kata Sharimah.


(Pengarah Penyiaran Negeri Kedah, Sharimah Abu Bakar)

Program yang diadakan saban tahun itu bermula di Kg Sg Pau, Sik dengan menziarahi lima buah keluarga yang uzur dan menyampaikan sumbangan berupa hamper dan duit raya.

Ia sedikit sebanyak bagi menceriakan keluarga tersebut dalam berpuasa dan menyambut aidilfitri nanti.

"Sudah pastilah ia menambahkan lagi keberkatan Ramadan untuk sama-sama kita membantu antara masyarakat, saya nampak ini adalah pencetus kepada usaha-usaha daripada pelbagai pihak saya yakin banyak diluar sana banyak agensi-agensi dan syarikat-syarikat korparat yang sedia membantu mereka yang serba kekurangan," kata Ahmad Tarmizi Sulaiman, ahli parlimen Sik.

Jelajah Ramadan kali ini turut diimarahkan dengan tazkirah dengan menampilkan penceramah jemputan, Penolong Pegawai Agama daerah Baling, Syeikh Mohd Rasdan Abd Rahman, bertajuk 'Ramadan kali Ini'.

Program Jelajah Ramadan diakhiri dengan menunaikan solat magrib berjemaah dan berbuka puasa bersama kariah masjid di kampung berkenaan.


(Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman)

Media Baharu