fb fb fb fb fb

SDSI: Penganjuran peringkat kebangsaan diberi nafas baharu

AYER KEROH, 7 Oktober- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan memastikan penganjuran Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) peringkat kebangsaan diberikan nafas baharu sejajar keperluan usahawan masa kini.

Satu kertas kerja sedang disediakan berhubung penambahbaikan program itu untuk dibawa ke Kabinet bagi dibincangkan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick berkata pihaknya juga tiada halangan untuk bekerjasama dengan mana-mana negeri yang berminat menganjukan program SDSI Peringkat Kebangsaan selain negeri Melaka.


(Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick/BERNAMA)

"Mahu menggalakkan komuniti komuniti setempat dalam daerah yang lain juga untuk meneroka menjadi usahawan SDSI, ertinya kita mengalu-alukan tetapi itu harus datangnya daripada kerajaan kerajaan negeri, sebab pemilihan usahawan, pemilihan daerah itu harus dicalonkan oleh kerajaan kerajaan negeri.

"Tanggungjawab kementerian adalah menyediakan dan pelaksanaan SDSI itu kita salurkan kepada usahawan itu melalui kerjasama dengan kerajaan negeri", katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan SDSI MADANI Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

SDSI antara lain, memberi ruang kepada usahawan mengadakan Jualan MADANI Koperasi, Jualan RAHMAH dan Jualan Agro MADANI yang melibatkan 145 usahawan dari 14 negeri.

Turut diadakan, program padanan perniagaan, seminar keusahawanan dan akses peluang pembiayaaan dalam usaha mewujudkan ekosistem keusahawanan setempat yang inklusif.

Media Baharu