TRANG, 7 Oktober- Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) berjaya memartabatkan Bahasa Melayu di selatan Thailand melalui Program Pelancaran Bahasa Melayu yang dilaksanakan sejak 2018.
Program berkenaan turut mengunakan medium seperti video Upin Ipin, Buku Teks Bahasa Melayu dan lagu nasyid bagi membolehkan pelajar di sekitar selatan Thailand lebih mudah mempelajarinya.
(Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Abdul Malik Hassan)
Pengarah PTSS Abdul Malik Hassan, berkata program ini bertujuan membantu pelajar muslim di selatan Thailand menguasai lebih banyak bahasa bagi membolehkan mereka lebih mudah mendapatkan peluang pekerjaan.
Selain itu, program tersebut dilihat sebagai peluang bagi institusi pendidikan seperti PTSS untuk memartabatkan Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.
"Satu peluang bagi kita terutamanya di institusi institusi pengajaian tinggi di sebelah utara ni gunakan peluang-peluang ini untuk memberi penekanan kepada Bahasa Melayu, tentang kepentingan Bahasa Melayu dan memartabatkan Bahasa Melayu supaya Bahasa Melayu ini digunakan.
Program tersebut dilaksanakan di Sekolah Saetham Wittaya School di wilayah Trang, Thailand.
Ia diajar kepada pelajar tingkatan 1 hingga 3 sekolah berkenaan oleh beberapa guru yang telah mendapat kelas Bahasa Melayu dari PTSS.
Berkenan hadir merasmikan program berkenaan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil sempena program Ziarah Mahabbah di wilayah Trang Thailand.