PULAU TUBA, 16 Mei- Program Santuni Komuniti MADANI di Pulau Tuba, Langkawi hari ini berjaya menyalurkan bantuan bernilai RM138,350 kepada penduduk setempat.
Program dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Seramai 300 keluarga asnaf menerima bakul makanan bernilai RM45,000.
Selain, RM55,000 disalurkan kepada tiga buah masjid dan lima buah surau di pulau tersebut.
Setiap masjid akan menerima sumbangan RM10,000, manakala, surau menerima RM5,000.
Turut disalurkan dana pendidikan berjumlah RM500 untuk pelajar cemerlang.
Datuk Dr Mohd Na’im dalam ucapannya berharap sumbangan itu dapat membantu mengimarahkan lagi masjid dengan membabitkan lebih ramai komuniti setempat.