fb fb fb fb fb

Pasangan guru PJJ gembira, KPM buka peluang pertukaran selepas dua tahun berkhidmat

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 16 Mei - Satu berita baik kepada pasangan guru hubungan jarak jauh (PJJ), khususnya yang sudah berkeluarga sempena sambutan Hari Guru.

Itu antara reaksi yang diterima selepas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat membuka permohonan pertukaran guru yang telah berkhidmat selama dua tahun.

Pada masa sama, ia sangat relevan mengambil kira situasi serta perkembangan emosi dan kerjaya guru terlibat.

Demikian pandangan Cikgu Noor Dina Jahari dan Cikgu Muhamad Amzar Sabri yang kini berkhidmat di sebuah sekolah di Johor.

Bagaimanapun, ia juga bergantung kepada penerimaan dan kesediaan guru berkenaan berkhidmat di perantauan serta berjauhan daripada keluarga masing-masing.

"Kemungkinan cikgu-cikgu ni dah berkahwin, dah mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahaya mata. Jadi, jika selepas dua tahun mereka dapat bertukar dan kembali bersama keluarga itu adalah sangat baiklah untuk mereka, kerana dapat menguruskan suami dan juga anak-anak.

"Dalam masa sama, mereka tidak lagi tertekan kerana berjauhan dengan keluarga, sekali gus dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik kerana dapat kembali bersama keluarga, bersama anak-anak. Emosi akan lebih baik, lebih gembira dan tugas serta tanggungjawab mengajar di sekolah dapat dilaksanakan dengan baik." kata Cikgu Noor Dina.

"Kemungkinan cikgu-cikgu yang dipostingkan jauh dari rumah mungkin bertempat di Johor, tapi dipostingkan di Sabah. Apabila dibuka permohonan, jadi cikgu tersebut boleh kembali ke pangkuan keluarga mungkin yang sudah berkahwin boleh bersama kembali dengan suami isteri ataupun anak-anak yang berjauhan selama dua tahun.

"Dan ada satu perkara lagi yang mungkin tidak relevan, disebabkan persekitaran sekolah dan sekolah adalah berlainan. Jadi cikgu tersebut perlu menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru dan bagi saya ada pro dan kontra kedua-duanya," Cikgu Muhamad Amzar.

TETITIA YUSOFF