PETALING JAYA, 4 November - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh Pulau Pinang, Perak, Melaka, Putrajaya serta beberapa kawasan di Kedah, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah hingga 9.00 pagi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menerusi kenyataan memaklumkan kawasan dijangka terjejas di negeri Kedah ialah Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Manakala di Selangor melibatkan kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang serta Wilayah Persektuan Putrajaya.
Selain itu, cuaca tersebut juga dijangka di Negeri Sembilan (Port Dickson), Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru).
Di Sarawak pula, kawasan terlibat ialah Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang, manakala di Sabah membabitkan kawasan pedalaman (Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Ranau).