PETALING JAYA, 4 November - Polis sedang mengesan seorang kanak-kanak lelaki berumur 8 tahun yang dilaporkan hilang di Petaling Jaya sejak Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shamsudin Mamat menerusi kenyataan memaklumkan Muhammad Rayqal Naufal Muhammad Zawawie dengan ketinggian 130 sentimeter, berat 21 kilogram dan berambut pendek dilihat kali terakhir di Taman Desaria kira-kira pukul 6.00 petang hari berkenaan.
Tambah beliau, pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak tersebut pukul 2.16 pagi pada 3 November 2025 di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, diminta tampil ke balai polis berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Muhammad Ainol Syafiq Alpazar di talian 018-3487636 bagi membantu siasatan.