fb fb fb fb fb

Program Return To Work PERKESO bantu lebih 45,000 pencarum kembali bekerja

SELAYANG, 29 Jun - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melalui Program Return To Work PERKESO telah membantu lebih 45,000 pencarumnya untuk kembali bekerja sehingga Mei tahun ini.

Daripada jumlah itu, lebih 2,000 peserta telah menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.

Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) PERKESO, John Riba Marin menyatakan, pihaknya juga menganjurkan Pertandingan Masterchef Return To Work buat julung kali bagi melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang seni kulinari.


(Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) PERKESO, John Riba Marin (kiri) bersama peserta 
Pertandingan Masterchef Return To Work)

"Vokasional seperti mana yang ini untuk membuat masakan sebagainya menjahit pun boleh yang melibatkan kemahiran vokasional lah," kata beliau pada Majlis Pertandingan Masterchef Return To Work di Kolej Komuniti Selayang, di sini.

Peserta yang menyertai pertandingan memasak tersebut merupakan para pencarum PERKESO yang mengalami hilang upaya akibat kemalangan pekerjaan atau penyakit.

Media Baharu